Pada 4 Disember, 2010 saya berpeluang mengikuti anak sulung (Nurul Hanisah) menyertai Pertandingan Taekwondo Jemputan Kali Ke-2/2010 bertempat di Dewan Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Kami memulakan perjalanan dari Pekan Semerah menaiki bas yang disediakan Kelab Taekwondo Cemerlang, Batu Pahat kira-kira pukul 1.30 pagi dan sampai di Dewan Bukit Sentosa pada pukul 8.00 pagi. Kejohanan ini disertai oleh beberapa pasukan antaranya Taekowondo Kedah, Taekwondo Terengganu, Kelab Taekwondo TYC, Kelab Taekwondo Cemerlang, Taekwondo Hulu Selangor dan beberapa kelab lagi. Inilah pertama kali saya melihat sendiri pertandingan taekwondo secara langsung tanpa menggunakan saluran televisyen. Rasa teruja dengan pengalaman baru ini menyelubungi diri di samping tidak sabar melihat perlawanan yang melibatkan anak saya (Nurul Hanisah) dalam pertandingan tersebut. Kemelut yang melanda kepimpinana sukan taekwondo Malaysia seolah tidak kelihatan langsung dan kejohanan ini berjalan secara profesional. Alhamdul