Alhamdulillah, setelah lama mencari untuk mengikuti perkembangan sekolah pertama aku ditugaskan; akhirnya pada hari ini aku ditemukan blog sekolah SK Bukit Kemandol (A), Klang. Masih terbayang ketika pertama kali aku diberitahu lokasi tempat bertugas, aku menyangka bahawa sekolah yang bakal ku mengajar ialah sebuah sekolah gred A memandangkan terdapat huruf (A) selepas nama sekolah. Almaklumlah, waktu itu aku masih lagi baru mengenal makna sebenar institusi pendidikan yang benama sekolah.
Sebelum mendaftar diri, aku mencari lokasi sekolah tersebut. Amat mengejutkan kerana ia merupakan sebuah sekolah bagi masyarakat Orang Asli. Sangkaan ku selama ini meleset sama sekali. Namun aku redha dengan ketentuan-Nya. Melihatkan kemudahan perhubungan jalan untuk masuk ke kawasan sekolah amat mencabar kerana guru-guru terpaksa merentas jalan tanah merah yang licin ketika musim hujan dan adakalanya tergelincir bersama motosikal yang ditunggangi.
Ketika aku mendaftar sebagai warga pendidik di sekolah ini, kami masih menggunakan bangunan yang asal berhampiran padang Kampung Bukit Kemandol. Suasana yang pada awalnya ku rasa kurang seronok, akhir bertukar kepada rasa bangga dan ceria dengan karenah murid-murid yang menghiasi latar sekolah tersebut. Sesukar mana situasi yang kami hadapi pasti ada manisnya. Nilai kerjasama dalam masyarakat dan warga sekolah amat tinggi kerana setiap program yang dijalankan pasti mendapat impak yang baik kepada masyarakat setempat dan warga sekolah amnya.
Namun begitu, aku telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Johor setelah lebih 5 tahun aku bertugas di SK Bukit Kemandol. Kepada mereka yang takut ditempatkan di sekolah yang jauh nun di pedalaman, seeloknya berfikirlah semula kerana pasti ada hikmahnya dan cabaran yang hanya diberi peluang sekali seumur hidup mengikut situasi di tempat tersebut. Selamat Maju jaya buat Warga SK Bukit Kemandol, Klang.

Comments
Post a Comment