Semalam, terjadi peristiwa yang amat mencemaskan bagi diriku dan keluarga. Hampir berlaku kebakaran apabila kuali yang diletakkan di atas dapur gas terbakar kerana kesilapanku tidak mematikan api dapur tersebut. Ketika itu aku sedang marah dan emosiku terganggu kerana berlaku keadaan yang tidak boleh dinyatakan. Api yang mula membesar terus membakar kuali hinggalah aku terlihat api yang menjulang dan bau yang kurang enak seperti ada benda terbakar.
Dalam keadaan cemas, aku segera mengalihkan kuali yang masih terbakar ke singki namun tindakan ku menjadi sia-sia kerana api yang membesar. Kuali tersebut jatuh di lantai berhampiran kabinet dapur dengan api yang masih membara. Alhamdulillah, aku Berjaya memadamkan api dengan mencampakkan pakaian basah dari mesin basuh ke dalam kuali tersebut.
Walaupun api Berjaya dipadamkan, ia telah menimbulkan fobia kepada kami sekeluarga. Syukurlah dengan sedikit pengetahuan cara memadamkan api yang ku pelajari semasa ceramah Jabatan Bomba di sekolah dan dengan izin Allah membantu aku berdepan dengan situasi cemas tersebut. Jika aku menggunakan simbahan air, mungkin api akan lebih membesar dan berlakunya perkara yang tidak diingini.
Setelah gumpalan pakaian basah yang digunakan untuk memadamkan api diangkat, rupa-rupanya kain tersebut merupakan telekung solat dan pakaian sekolah anak-anakku. Maha Suci Allah, terdetik di hatiku tentang rahmat-Nya yang telah menyelamatkan kami sekeluarga. Mungkin ada hikmahnya berlaku keadaan demikian di rumahku dan aku berdoa ia tidak akan berulang apatah lagi akibat kecuaian sendiri.
Pengajaran yang ku perolehi kesan peristiwa tersebut ialah :
i. Jangan mudah marah dan hendaklah sabar serta sentiasa mengingati Allah.
ii. Anak perlu dibimbing dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.
iii. Kealpaan boleh menyebabkan berlakunya tragedi yang tidak diingini.
iv. Hendaklah sentiasa menjaga pertuturan di rumah dan dalam masyarakat.
v. Setiap kejadian yang menimpa ada hikmah tersembunyi dan jangan dipersoalkan.

Comments
Post a Comment